MEMPROSES, MEMBEKAL DAN MENJUAL PRODUK SEJUKBEKU/FROZENFOODS

FaS Delicious Foods adalah syarikat yang menjual produk FaSFoods dan sepenuhnya dijalankan oleh syarikat bumiputera yang dimiliki oleh En.Mohd Helmi B. Mohd Shaari dan beliau mempunyai kepakaran dalam pengeluaran makanan berasaskan daging. FaS Delicious Foods mula dikenali sebagai "Home-Made" produk. Ditubuhkan pada tahun 2006, dan beroperasi pada skala kecil di rumah milik persendirian yang terletak di Serdang, Selangor. Perniagaan ini diasaskan oleh bapa beliausendiri iaitu En. Mohd Shaari B. Nordin yang mempunyai pengalaman lebih dari 30 tahun dalam bidang teknologi hasilan daging yang bermutu.

Saturday, February 26, 2011

Kursus Membuat Sosej

Semasa kursus ini peserta akan diajar dan dilatih secara berperingkat melalui peringkat asas hingga peringkat yang lebih mahir. Peserta juga akan didedahkan mengenai cara membuat sosej yang mudah selain penerangan mengenai penggunaan mesin untuk bermodal kecil hingga bermodal besar. Selain itu, peserta akan lebih fokus kerana kami mengajar anda dengan cara individu bukan berkumpulan. Maksudnya, peserta pasti akan mahir memproses produk yang dipilih selepas menghadiri kursus yang kami anjurkan. 







1 comment:

Followers