MEMPROSES, MEMBEKAL DAN MENJUAL PRODUK SEJUKBEKU/FROZENFOODS

FaS Delicious Foods adalah syarikat yang menjual produk FaSFoods dan sepenuhnya dijalankan oleh syarikat bumiputera yang dimiliki oleh En.Mohd Helmi B. Mohd Shaari dan beliau mempunyai kepakaran dalam pengeluaran makanan berasaskan daging. FaS Delicious Foods mula dikenali sebagai "Home-Made" produk. Ditubuhkan pada tahun 2006, dan beroperasi pada skala kecil di rumah milik persendirian yang terletak di Serdang, Selangor. Perniagaan ini diasaskan oleh bapa beliausendiri iaitu En. Mohd Shaari B. Nordin yang mempunyai pengalaman lebih dari 30 tahun dalam bidang teknologi hasilan daging yang bermutu.

Saturday, March 26, 2011

FaSFoods

Produk FaSFoods disediakan untuk mereka yang mementingkan citarasa daging yang berkualiti. Ia dihasilkan demi memenuhi kehendak produk daging premium manakala mempunyai peratusan tinggi daging terbaik, rempah yang mempunyai gred tinggi, label dan pembungkusan yang menarik. Ia adalah hasil kajian daripada pakar teknologi daging yang telah lama berkhidmat di Mardi, Serdang. Produk ini sedang berkembang dengan pesatnya terutama di sekitar Serdang, Bangi, Kajang, Bukit Mahkota, Shah Alam dan Puchong.

No comments:

Post a Comment

Followers